Diari Ramadhan 5
Labels: Ramadhan 1431
0
Assalamualaikum wbt...
Agak lambat Cik Kz mengupdate blog hari ini. Cik Kz ketiduran selepas 30 minit berbuka. Cik Kz masih demam lagi. Cik Kz perasan yang Cik Kz ada symptom evening rise in temperature. Bila petang sahaja badan Cik Kz mula panas membahang. Walaupun panas tetapi Cik Kz rasa sangat sejuk dan mahu berselubung sahaja. Ianya sangat tidak selesa.
Oh ya, hari ini (sebelah paginya) Cik Kz ke Commissioner Office untuk memperbaharui RP. Ada masalah yang berlaku :
1. Tidak perlu membuat police report
- means polis tidak perlu datang ke rumah, buat inspection dan kemudian keluarkan report menyatakan Cik Kz tinggal di rumah tersebut
- kerana visa masih valid (sehingga March 2012)
2. Bonafide certificate
- ada cara baru dalam pengeluaran certificate tersebut which is banyak maklumat peribadi perlu ditambah seperti: course, term, year, visa validity and type and etc.
-baru berkuat kuasa mulai hari ini (opss..semalam iaitu Isnin)
Dan yang menarik, walaupun procedure nampak leceh namun ianya lebih sistematik. Kata kawan Cik Kz yang terlepas semasa mengambil token (tetapi di kaunter dalam ada masalah berkenaan bonafide), dia tidak perlu menunggu lama untuk giliran dipanggil masuk ke bahagian dalam pejabat (walaupun nombor gilirannya adalah 102) dan kali ini 5 kaunter dibuka dan pekerja di situ kelihatan sangatlah warm and helpful. Cik Kz berharap, those pekerja dapat mengekalkan prestasi kerja sedemikian dan tiada lagi kesengalan seperti selalu.
Memandangkan Cik Kz tidak berjaya memperbaharui RP, Cik Kz terus ke kolej untuk menghantar surat yang dikirim oleh pihak Commissioner kepada Principal. Surat berkenaan adalah tentang format baru dalam penulisan/penghasilan bonafide. Harapnya Mr. Chandra berjaya menyiapkan segala surat itu seboleh-bolehnya Selasa petang agak student tidak bertangguh lagi untuk membuat RP (especially Final Year students memandangkan kami perlu menguruskan semuanya sendiri).
Baiklah, itu sahaja coretan diari untuk hari ini. Tiada apa yang menarik selain Cik Kz yang hanya banyak berehat sahaja (di kelas dan di rumah). Selepas ini Cik Kz mahu tidur sebentar (tidur lagi..hehehe) dan kemudian bangun untuk sahur.
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Diari Ramadhan 5"
Post a Comment