Nasihat dan Panduan Kesihatan

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Sedikit info untuk dikongsi bersama. Harap sudilah membaca. Banyak infonya. Mungkin sudah biasa dengar tapi dipandang remeh (Cik Kz selalu dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan). Jom baca. Cik Kz dapat daripada FB Muslim Thought.

Amanat Doktor Raja- raja dahulu

Ketika seorang raja bertanya kepada doktornya, bagaimana cara menjaga kesihatan, maka jawapan dari doktor tersebut adalah seperti berikut ;
  • Jangan kahwin kecuali yang masih muda.
  • Jangan makan daging kecuali yang masih segar.
  • Jangan minum ubat kecuali benar-benar sakit.
  • Jangan makan buah-buahan yang bukan pada musimnya.Kunyahlah makanan sampai hancur/halus.
  • Tidur siang selepas makan tidak salah (tidak mengapa), tetapi jangan tidur setelah makan malam kecuali terlebih dahlu berjalan-jalan paling kurang 50 langkah.
  • Jangan makan kecuali sesudah lapar.
  • Jangan memaksa wanita untuk bersetubuh.
  • Jangan menahan-nahan membuang air kecil.
  • Jangan menambah makanan ketika perut masih penuh.
  • Jangan makan sesuatu yang tidak dapat dikunyah oleh gigi kerana perut tidak dapat mencernakannya.
  • Sebaik-baik simpanan adalah darah dalam tubuh, maka jangan dibuang kecuali hanya diperlukan.
  • Rehatlah dengan tidur kerana ada beberapa penyakit yang dapat keluar dari tubuh melalui tidur.

Amanat Imam Syafie

Imam Syafie telah berpesan…
1. 4 perkara yang dapat menguatkan tubuh iaitu makan daging, mencium wangian/haruman, sering mandi dan memakai pakaian dari kapas (cotton).
2. 4 perkara yang melemahkan tubuh ialah terlalu banyak bersetubuh, terlalu banyak bersedih, terlalu banyak menelan air liur dan sering makan benda yang masam.
3. 4 perkara yang dapat mempertajamkan mata (penglihatan) iaitu duduk melihat Kaabah, menggunakan celak mata setiap malam, memandang benda yang hijau dan membersihkan tempat duduk.
4. 4 perkara yang menyebabkan kaburnya penglihatan ialah melihat benda yang kotor, melihat org disalib, selalu melihat kemaluan dan duduk membelakangi Kaabah.
5. 4 perkara yang dapat menambah kekuatan akal ialah meninggalkan perkara yg sia-sia, bersugi, sering menghadiri majlis org salih dan majlis para ulama’

Jom ambil info tersebut dan amalkan. 

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Nasihat dan Panduan Kesihatan"

Post a Comment