Diari Ramadhan 12
Labels: Ramadhan 1431
0
Assalamualaikum wbt...
Sedar-sedar dah masuk 12 Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu. Masih rasa tidak puas. Semakin penhujung kepada Ramadhan maka semakin hampir dengan tarikh kepulangan Cik Kz ke kampung halaman. Rindu kampung halaman (cewah bunyi macam nak balik kampung yang ada sawah padi dan sungai lak).
Untuk hari ini, kalau tengak pada previous entry Cik Kz main masak-masak kuih kegemaran mak Cik Kz. Alhamdulillah menjadi dan sempat juga hantar sedikit pada rakan-rakan. Hope they enjoy eating those kuih. As for dinner aka berbuka Cik Kz masak ikan goreng masak lemak versi campak ala ekspress. Kenyang and syukur alhamdulillah.
Rak buku dan meja jepun masih tak sampai. Memang dasar tempe betullah. Merayu minta Cik Kz beri peluang terakhir (kononnya) but I don't trust that person anymore. Malas hendak percaya apa-apa. Last decision kalau tiada items sampai hari ini give me back my money ok!
So now Cik Kz perlu berehat sebentar. Penat berperang di dapur. Nanti Cik Seti akan mai kejutkan. hehehe. Cik Kz rasa jadual tidur Cik Kz terlebih-lebih cukup. Sudah terbiasa tidur lama since demam tempoh hari. Susahlah Cik Kz macam ni. Kena ubah balik biological clock ini sebelum parah.
Baiklah, dah mamai-mamai tahap dewa dewi. Perlu rehat ni.
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Diari Ramadhan 12"
Post a Comment