Solok Lada
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Maaf ya. Banyak pula Cik Kz update pagi-pagi hari ini. Semuanya berkaitan dengan menu iftar semalam (Nasi Kerabu). Baiklah. This will be the last one. The heavenly yummy Solok Lada. Cik Kz memang sangat-sangat gemarkannya. Kalau balik, mak Cik Kz akan belikan Cik Kz nasi kerabu bersama solok lada (mak Cik Kz tak mau masak nasi kerabu sebab tak semua adik beradik Cik Kz makan nanti membazir). suka..suka..suka solok lada.. Jom tengok resepi. Cik Kz dapat dari bonda tercinta..

Solok lada sebelum direbus...
Bahan-bahan
1/4 kg ikan kembung
1/4 kg lada hijau
1/2 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
1 kotak santan (dicairkan sedikit)
1 labu bawang besar
1 sudu teh lada hitam
Sawi
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Bersihkan ikan dan rebus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang (ambil isi sahaja).
2. Tumbu bawang besar bersama lada hitam. Masukkan isi ikan dan tumbuk. Buat sehingga habis.
3. Gaul hasil tumbuk bersama dengan kelapa. Kalau mahu lagi sedap tumbuk campuran tersebut. Masukkan garam secukup rasa.
4. Ambil periuk, lapiskan dengan daun sawi (ini tambahan sahaja). Susun solok lada satu persatu. Tutup lapisan atas solok dengan daun sawi lagi. Tuangkan santan sehingga solok lada tersebut tenggelam. Rebus sehingga masak (lebih kurang 20 minit).
Senang kan. Bab sawi, itu adalah cara yang mak Cik Kz selalu buat. Katanya boleh menyedapkan solok lada tersebut and sawi boleh dijadikan salah satu sayur untuk dimakan bersama nasi kerabu. Santan yang digunakan pun tidak rosak and boleh digunakan untuk memasak sambal percik.
Baiklah, masa untuk Cik Kz bersiap ke hospital pula. Hari ini masih lagi posting dental. So, selamat mencuba..
Till then, wassalam... :)



0 Response to "Solok Lada"
Post a Comment