Kisah Hari Ini..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Hari ini Cik Kz tidak tepek resepi ya sebabnya Cik Kz tidak memasak (secara proper). Apa kaitan tajuk tersebut dalam hidup Cik Kz? Actually hari ini Cik Kz berjaya menjamah egg fried noodle di kantin MS Ramaiah Hospital yang letaknya sebelah kolej Cik Kz (both sharing same building sebenarnya)

Almost 2 tahun Cik Kz tidak menjamah makanan di kantin tersebut since Cik Kz masuk 3rd Phase. Banyak masa dihabiskan di BBH dan kalau di kolej pun hanyalah untuk menghadiri kelas Commed sahaja. A very nostalgic memory as di sinilah tempat makan wajib bagi Cik Kz bersama ex-housemate dahulu (Cik Kz tersangat-sangat rindukan saat-saat itu...). Kali pertama menjamah makanan bernama 'baaji' which is sangat sedap dimakan bersama chutney. Kali pertama juga Cik Kz makan dosa yang masam itu. Dan penyebab untuk Cik Kz menjadi sangat gemarkan puri.


The noodle looks very simple. But it's tasty. Jangan comparekan dengan kantin BBH yang sangat sedap itu. Kira oklah sedapnya untuk kantin yang berkonsepkan vegetarian. Ada macam-macam makanan lagi. Yang sedihnya Cik Kz tidak berjaya untuk menjamah puri. Sudah habis. Kempunan lagi Cik Kz untuk kesekian kalinya. So sad.. :(

As for dinner Cik Kz makan almost more than 4 slices kek coklat kukus yang Cik Kz buat semalam. Then terasa masih lapar. Maka setelah puas mengorek segala makanan di dalam peti sejuk Cik Kz masak paratha segera bersama sosej yang digoreng campak-campak bersama tomato, bawang, capsicum dab sedikit perahan limau. Sedaplah juga. Habis licin Cik Kz makan. Lapar sangat barangkali.

Paratha with the sosej masak campak-campak..hihihi

Zoom skit...ha barulah clear.. :P

Sekarang sedang minum air teh halia. Cik Kz rasa sangat berangin sekarang ini. Harus nyahkan segala angin-angin tersebut. Kalau tidak boleh senak perut nanti. Itupun Cik Kz ada hati mahu makan nangka. Boleh pengsan nanti sebab banyak angin. Ok Cik Kz tipu jer. hihihi...

So, apa patut Cik Kz buat sekarang? Log book as usual la kan. Oh ya, hari ini wakil dari MMC (Malaysia Medical Council) datang ke kolej dan Tan Sri Dato' Seri Dr Hj Ismail Merican telah menyampaikan beberapa amanat buat kami semua pelajar di sini. Teguran dan pesanan supaya kami belajar dengan lebih gigih lagi.

Konklusinya, Cik Kz mahu buat housemanship di Sabah/Sarawak dan kemudian pulang ke Temerloh sebagai MO then do my specialist in field yang Cik Kz jadi tidak pasti lagi. As for that, please pray for Cik Kz and rakan-rakan Cik Kz juga. Moga kami lulus dan pulang untuk berkhidmat untuk negara Malaysia tercinta. Salam 1Malaysia. hihihi..

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Kisah Hari Ini.."

Post a Comment