Ikan Keli Masak Berlada

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Macam pesta makan-makan sahaja semalam. Tapi sedikit-sedikit saja Cik Kz masak pun. Sudah lama tidak turun dapur. Nasib baik tak jadi buat kuih. Kalau buat kuih mesti Cik Kz sendiri pening dengan diri Cik Kz. Gian nak masak ke apa. Mungkin juga sebab sudah lama Cik Kz tak turun dapur and masak properly. Jomlah kita tengok resepi kali ini. Versi mudah and simple. Sesuai for those yang mahu cepat siap masak but still rasa dia umpph.. Sedap tau.. opss terlebih sudah... hahaha..

Bahan-bahan
2 ekor ikan keli (lebih kurang 500g)
5/6 biji cili hijau (kalau nak pedas letak lebih) *
1 sudu besar cili kering (yang sudah diblend. yang ini untuk merahkan kuah lada nanti) *
1 labu bawang besar *
3/4 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 mangkuk kecil air asam
Garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa

Kisar bahan bertanda *

Cara memasak.
1. Basuh ikan keli. Rendam dengan asam gelugor selama 10 minit dan tuskan. Lumur dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga garing. (hati-hati semasa menggoreng kerana agak meletup-letup minyaknya). Asingkan
2. Tumis bahan yang dikisar sehingga hampir kering. Masukkan air asam. Masak sehingga kuah kering/terbit minyak. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukupnya. Bila rasa sudah ok tutup api.

Simple je kan. Cepat nak masak menu ini. Kalau lama pun bab menggoreng. Bukan apa jadi lama sebab berperang dengan minyak yang meletus-meletus keluar itu. Cik Kz semalam masak 2 ekor saja ikan tapi perangnya. hahaha. Opss tak boleh cerita but takda la sampai menjerit-jerit cuma yang keluar dari mulut Cik Kz : sabar je la...

Baiklah. Selamat mencuba..

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Ikan Keli Masak Berlada"

Post a Comment