Diari Ramadhan 1 + Ikan Masak Kicap Ekspres
Labels: Ramadhan 1431 , Recipes
0
Assalamaulaikum wbt...
Cik Kz baru bangun tidur. Usai solat terawih Cik Kz sudah tidak berdaya untuk berjaga lagi. Harus tidur barang 1 jam supaya dapat menghilangkan segala kepenatan. Cik Kz tidak penat kerana puasa tetapi kerana kurang tidur. Terbawa-bawa dari hari sebelumnya. Rupa Cik Kz sangatlah toxic dan lethargic semasa posting pagi tadi. Nasib baiklah cuma radiology posting kalau medicine confirm boleh pengsan.
So, hari pertama puasa alhamdulillah berjalan dengan lancar. Tidak lapar (kecuali bab mengantuk sahaja). Cik Kz buat perangai baik sedikit tadi. Bukan apa mungkin perlu untuk menegur sedikit. Apa teguran Cik Kz itu biarlah Cik Kz simpan bersama insan-insan di tempat kejadian. jeng jeng jeng... :D
Jadi, untuk berbuka Cik Kz cuma masak ikan masak kicap dan sayur campur masak lemak. Gambar agak kelam kerana diambil dalam suasana kegelapan. Cuma ada emergency light sahaja. Jom tengok resepi tersebut. -Ikan Masak Kicap Ekspres-
Opss..ini menu semalam. Tauge dan sayur campur goreng kicap (versi kering)
Ikan masak kicap versi ekspres rakyat..hihihi
Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung
1 sudu besar cili kering (yang telah dikisar halus)
2 sudu besar kicap manis (Cik Kz guna kicap Cap Kipas Udang)
1 labu bawang besar (dimayang halus)
1 biji cili hijau besar (dipotong halus)
1 biji tomato (dipotong 4)
1/2 biji capsicum (dihiris halus)
1 sudu besar sos cili
Sedikit air dan minyak
Garam, lada hitam dan serbuk pati ayam secukupnya
Cara memasak
1. Bersihkan ikan dan lumur bersama kunyit dan garam. Goreng sehingga kekuningan/sedikit garing. Asingkan.
2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali yang sama (lebih kurang 1 sudu). Tumis cili kering (yang telah diblend) sehingga pecah minyak dan masukkan bawang besar. Masak sehingga bawang besar layu.
3. Tambah kicap dan sos cili dan kacau. Tambahkan sedikit air. Masukkan cili hijau dan tomato. Kacau sebati.
4. Masukkan garam, lada hitam dan pati ayam. Masukkan capsicum. Bila rasa sudah ok tutup api.
5.Tuang kuah kicap tersebut ke atas ikan. Boleh juga untuk masukkan ikan terlebih dahulu, kacau sebati dan tutup api.
Berbalik kepada diari Ramadhan Cik Kz. Rentetan diteruskan apabila Cik Kz balik rumah blackout. (fine!) Kemudian ada elektrik dan sejam kemudian blackput (fine!). Berbuka dalam kegelapan (fine!). Bila elektrik sudah ada kembali tercetus di dalam hati Cik Kz mesti semasa solat nanti akan blackout. Tepat 1 jam setelah adanya kembali blackout sekali lagi (fine!). Seperti yang sudah dijangkakan. Blackout selama 1 jam. Kata kawan Cik Kz untuk hari ini sahaja sudah almost 7 kali (pada sebelah pagi hingga petang) blackout. So, kalau campur malam adalah dalam 8/9 kali. Bagusnya. Incredible India sungguh. Mungkin penjimatan tahap maksima sempena Independent Day hujung minggu ini (entah).
Bertambah menarik hari ini ketika Cik Kz memasak gas pula habis. Nasib baik tukang gas cepat menghantar gas ke rumah. Kelam kabut Cik Kz dan housemate masak untuk berbuka. Siap memasak dalam 5 minit setelah waktu berbuka. Alhamdulillah..
Hari pertama penuh dengan pelbagai cerita dan tragedi. Hari esok bagaimana pula? Untuk esok kita sambung esok pulalah. Cik Kz mahu tidur (tidur lagi) Nanti tidak terbangun untuk sahur pula. hehehe
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Diari Ramadhan 1 + Ikan Masak Kicap Ekspres"
Post a Comment