Kek Coklat Kukus

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Tengah-tengah malam ini Cik Kz tiba-tiba kemaruk (meroyan) mahu makan kek coklat kukus. Cik Kz jumpa resepi simple dari blog Mat Gebu. Cik Kz seperti biasa menukar resepi sedikit (bahan-bahan sahaja) dek kerana tidak semua bahan ada di sini. Jom review resepi tersebut. (Cik Kz mintak izin untuk copy and paste yer)


Bahan-Bahannya :
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko* (Cik Kz ganti dengan cadbury chocolate drinking dan tambah sedikit milo)
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus* (*disatukan, gaul dan diayak)
1 3/4 cawan gula halus (Cik Kz kurangkan sedikit -masih manis)
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung/sayur (Cik Kz gunakan sunflower oil)
1 camca teh esen vanilla
200 ml susu cair*
1 cawan air panas*
1 camca teh nescafe* (*disatukan dan kacau hingga sebati)

Cara membuatnya :
1.Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar. Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati.
2.Putar hingga gula hancur dan adunan kembang. Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
3.Kukus atas air mendidih selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dihidangkan, kalau suka boleh dituang ganache dan dihias dengan ceri.

CATATAN MAT GEBU :- Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitik atas permukaan kek. Gunakan api sederhana semasa mengukus.

Tekstur yang sangat lembut dan sedap untuk dimakan..

The other view of steam choc cake..

Asalnya Cik Kz sangat cuak kerana bancuhan terlalu cair. Ini kali pertama Cik Kz membuat kek kukus (selain kek pisang). Cik Kz siap memukul adunan di dalam bilik sambil membaca resepi tersebut berulang kali (takut-takut kalau tersalah resepi). Housemate Cik Kz sampai tergelak-gelak tengok Cik Kz tau. hihihi. Cik Kz tawakal sahaja dan alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan.

Cuma warnanya seperti kecoklatan sedikit. Kalau berwarna kehitaman pasti mengancam dan jika ditambah dengan coklat syrup pasti terigau-igau terus. hahaha. Mungkin kerana penggunaan cadbury choc drinking (resepi asal guna koko). Perlu angkut dari Malaysiakah??? jeng..jeng..jeng...

Bila sudah makan, perut terasa kenyang, mulalah mata menjadi kuyu. Tetapi Cik Kz harus kuat semangat. Log book!!! Here come the disaster again. Confirm boleh panda eye lagi. hehehe.

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Kek Coklat Kukus"

Post a Comment