Diari Ramadhan 7

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Cik Kz terasa sangat geram. Geram pada orang tempatan. Cik Kz ada membuat tempahan rak buku dan meja jepun. Janjinya akan dihantar pada jam 5 petang. Bila Cik Kz call katanya by 6 rak tersebut akan sampai and that person said he will call me before he sent those items. Cik Kz tunggulah sehingga jam 5.45pm. Tiada satu pun panggilan yang Cik Kz terima. Sudah mula rasa geram but bersangka baik dulu. Mungkin tiada transport.

Then Cik Kz call sekali lagi. Pukul 8 akan sampai barang-barang tersebut. Fine. Cik Kz pesan banyak kali to make sure dia betul-betul akan hantar. Jangan buat janji kosong. Tunggu punya tunggu pukul 7.30pm still tiada call. Cik Kz sabar lagi. Then bila jam sudah menjengah pukul 8 Cik Kz tak boleh duduk diam. Cik Kz try call and oh he off his phone!!!! Berangin satu badan. Geram Cik Kz itu Allah saja yang tahu (sampai sakit kepala).

He off the phone upto 10pm. Cik Kz call he didn't answer the call. So, Cik Kz hantar sms asking him why he did this? Berjanji tetapi tidak menepati janji langsung. Dia janji akan hantar pada hari esoknya. So let see how. Kalau tiada alamatnya Cik Kz akan menapak ke kedai tersebut and ask for the deposit back. Serik!

Perkara ini memang selalu sangat terjadi di sini. Kali pertama dahulu Cik Kz pernah terkena juga. Sampai 2 minggu tempahan Cik Kz tidak juga siap-siap. Janji ambil masa seminggu sahaja. Bila Cik Kz ke kedai tersebut, the owner punya layanan hmmm sangat menguji kesabaran. He said he doesn't care about the money (deposit) that I paid to him. Just take it. Apa yang Cik Kz mahu dia faham adalah berkenaan dengan janji. He promise to finish that side table within a week tetapi bila Cik Kz sampai lakaran meja tersebut pun dia tidak jumpa. But he blamed Cik Kz kemaruk sangat dengan duit deposit yang Cik Kz bayar itu. Oh apakah.

Tutup kisah meja semua itu. Untuk berbuka semalam Cik Kz minum air dan makan kurma serta beberapa keping roti sahaja. Tiada selera lagi mahu makan berat-berat. Harap esok selera kembali semula. Nanti lama-lama kering pulak Cik Kz. Not comel la nanti. hehehe.

Baiklah, till then, wassalam.. :)

0 Response to "Diari Ramadhan 7"

Post a Comment