Kuih Tepung Pelita

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini terasa sedikit kebosanan. Masuk ke dapur dan teringat akan daun pandan yang masih belum terusik. Maka, terlintas untuk membuat kuih tepung pelita. Mari berkongsi resepi..

Bahagian bawah (berwarna hijau)
2 1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
2 helai daun pandan
1 sudu camca air kapur
Sedikit pewarna hijau
Gula

Bahagian atas (berwarna putih)
2 1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa

Lain-lain
Daun pisang (untuk membuat acuan)

Cara membuat
a)Acuan


1. Layurkan daun pisang di atas api.
2. Gunakan kotak mancis untuk dijadikan asas (sebagai bentuk petak) untuk membuat acuan bagi kuih tepung pelita.
3. Lipat bahagian hujung daun pisang membentuk kotak mancis tersebut.
4. Kemaskan acuan dengan menggunakan stapler (stapler bahagian sisi acuan tersebut agar tidak terbuka)

* Daun pandan guna boleh digunakan sebagai acuan

b) Kuih
1. Kisarkan bahan-bahan tadi (lebih mudah supaya campuran lebih halus). Untuk bahagian bawah, masukkan sedikit air kapur. Jangan terlalu banyak kerana ianya boleh membuatkan kuih terasa sedikit pahit. Masukkan pewarna hijau.

Bahagian bawah kuih...

2. Untuk bahagian atas pula, kisarkan juga bahan-bahan tersebut dan kemudian masukkan secukup rasa.

Bahagian atas kuih..

3. Panaskan air di dalam periuk pengukus. Masukkan adunan bahagian bawah (berwarna hijau) ke dalam acuan. Pastikan tidak terlalu penuh. Cukup sekadar separuh atas 1/3 daripada acuan. Masukkan sedikit gula (1 sudu teh). Kukus selama 10-15 minit.


Bahagian bawah kuih yang siap untuk dikukus (telah dimasukkan gula)

4. Masukkan adunan atas sehingga acuan penuh. Kukus selama 10 minit. Kuih yang telah masak akan kelihatan licin pada permukaannya.

Sila abaikan rupa yang tidak sekata itu * Cik Kz masih amatur..hehehe.. *

Resepi ini juga boleh diolah dengan menggantikan tepung gandum dengan tepung beras. Namun, haruslah lebih berhati-hati iaitu adunan haruslan dikacau terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam acuan supaya kuih yang terhasil tidak terasa seperti berpasir.

Boleh juga jika mahu mengukus bahagian bawah dan atas terlebih dahulu dan kemudian terus dimasukkan ke dalam acuan. Ini versi paling ringkas dan cepat tapi bagi Cik Kz kurang sedikit rasanya sebabnya tiada aroma daun pisang/pandan itu. Tetapi, semuanya terpulang pada kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba..

Till then, wassalam...

0 Response to "Kuih Tepung Pelita"

Post a Comment