Tips Untuk Backpackers...
Labels: General
0
Assalamualaikum wbt....
Wah, bila masa pula tiap kali entri ada rumusan ini. But Cik Kz rasa ada perlu rumusan dilakukan dan diselitkan dengan panduan or tips untuk berjaulah di India terutama sekiranya jaulah itu dibuat sendiri (sendiri punya plan).
Baiklah, ini panduan-panduan yang boleh Cik Kz kongsi bersama lebih valid untuk travel around India or mungkin juga boleh diguna pakai untuk travel ke mana-mana sahaja around the world.
1. Sebaiknya book sendiri tiket untuk tiap perjalanan anda (tiket flight) sebab bila beli sendiri adalah lebih murah jika dibandingkan dengan membeli di travel agent. Based on survey Cik Kz, harga yang ditawarkan oleh pihak travel agent adalah Rs2000 lebih mahal jika kita beli sendiri tiket itu.
2. Seboleh-bolehnya, book tiket anda awal paling kurang 2 bulan sebelum tarik journey kerana ianya adalah jauh lebih murah.
3. Book hotel sendiri. Untuk bagi mereka yang mahu travel around Delhi, bolehlah menempah hotel sekitar Karol Bagh kerana kawasan ini hampir dengan bandar New Delhi dan juga tidak terlalu jauh daripada airport. Rate pula adalah jauh murah dan berbaloi-baloi
4. Pastikan untuk kereta yang ingin digunakan sepanjang perjalanan dibook dari car rental bukan daripada travel agent kerana harganya adalah sangat murah. Untuk perjalanan tempoh hari (Delhi-Shimla-Delhi-Agra selama 7 hari perjalanan bagi 4 orang dengan menaiki kereta Innova) jumlahnya cuma Rs21400 sahaja compare kalau book dengan travel agent hargnya adalah Rs30 000. Jauh berbeza sungguh.
5. Bawalah segala produk makanan segera e.g: maggie, mamee, milo 3 in 1, nescafe 3 in 1 dan juga bisku, roti, segala sambal dan rendang kerana makanan tersebut adalah pembekal tenaga anda. Bukan apa, takut kelaparan sepanjang perjalanan kerana bila berjalan jauh kita ada tendency untuk munching food selalu tambah kalau ke tempat yang sejuk
6. Bawalah pakaian (baju, seluar, tudung, anak tudung etc..) secukupnya. Tidak kurang dan tidak lebih. Lebih hanya memberatkan bag (tidak sesuai bagi mereka yang melakukan aktiviti bagpackers). Kasut juga haruslah yang bersesuaian. Nanti ada pula kes melecet sebab kasut tak best mahu pakai.
7. Duit. Harus secukupnya untuk shoppping ole-ole dan makan serta membayar segala perbelanjaan transport dan accomodation.
So, setakat itu sahaja panduan dan tips dari Cik Kz. For those yang berhajat mahu travel ke Delhi dan mahu rent car Cik Kz suggest untuk call no ini : +919868331917 (Ammar- the Driver) or +919873675505 (Mr Anil). They provide the best rate for car rent in Delhi.
Thats all.. Penat menaip... hahaha...
Rumusan dari jaulah tersebut: best , tak cukup masa dan rindu. Rindu untuk berjaulah bersama sahabat. Perjalanan yang tenang tanpa stress dan yang pasti mengeratkan silaturrahim sesama kami. alhamdulillah.. :)
Till then, wassalam...
note: 2 bulan lagi mahu pulang..wehewww.........


0 Response to "Tips Untuk Backpackers..."
Post a Comment