Sayur Masak Cap Cai

Labels:

1


Assalamualaikum wbt.....

Wehew.. (entri bertangguh-tangguh). Hari ini Cik Kz masak simple-simple aje (kononnya). Buat masakan sayur cap cai. Kalau di rumah sayur ini speciality abah. Mak pun surrender nak buat sayur macam ni sesedap abah. Cik Kz cuba-cuba buat based on pemerhatian Cik Kz masa abah masak dulu. But surely not sesedap as abah Cik Kz sebab air tangan itu kan berbeza (cewah alasan lagi.hehehe). Cap cai ini bermaksud 10 jenis sayur. Tapi Cik Kz rasa yang versi Cik Kz masak ni tak berapa nak cukup sayurnya. Puas den campak-campak segala stok sayur yang ada but tak cukup juga. Jomlah tengok resepi pula...

Bahan-bahan
100g daging batang pinang (hiris halus. boleh diganti dengan ayam/udang)
5-6 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar (mayang halus)
1 sudu besar sos tiram
1 mangkuk air tepung jagung
Sayur: kobis, lobak merah, bunga kobis, kacang buncis, capsicum, cendawan, brokoli, (boleh tambah lagi ikut kesukaan masing-masing).
Sedikit garam dan serbuk perasa.

Cara masak
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan daging dan masak sehingga air daging kering.
2. Masukkan sos tiram dan sebatikan. Kemudian masukkan semua jenis sayur-sayur. Tambah air jagung. 
3. Masak sehingga sayur sedikit layu. Tambah garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila rasa sudah ok tutup api. 

Senangkan. Rasanya masam manis sedikit. Mungkin sebab penggunaan sos tiram dan kepelbagaian sayur. Segala air sayur turun. So Cik Kz makan dengan ikan bakar. Kali ini bakar menggunakan minyak zaitun (kebiasaan guna sunflower oil). Kagum sebab tak melekat langsung ikan dengan aluminium foil tu. Siap terbakar cantik lagi molek. Asalnya mahu buat kari ikan tapi disebabkan tiada bendi sebagai penyeri cancel terus tan tup-tup jadi ikan bakar. hehehe.. Makan bersama dengan air asam sebagai penaik selera. 

my dinner...

Sekarang baru 2 minggu misi tidak makan nasi. Ok harus turunkan berat sebanyak yang mungkin sebelum balik Malaysia. Cuti sebulan memang akan membuat Cik Kz gemuk dan berisi sebab kerjanya banyak makan. Kalau tolong mak buat kerja lagilah. Bangun pagi makan nasi kerabu. Tengah buat kerja mak sure akan offer either mee goreng mamak or kuew teow mamak yang mak masak. Masak tu, den tak pandang dah keje tu menghadap terus makanan tersebut walaupun perut masih penuh. aigooo.. (see.. macam mana tak gumukkkk)

Baiklah. tamat untuk entri kali ini. Till we meet again..

Till then, wassalam.. :)

1 Response to "Sayur Masak Cap Cai"

  1. sedapppp.... sbr yea,,, bnyak pahala jd penganggur brjaya..

Post a Comment