Cik 'Ainun di India - Part 5: -Agra: Agra Fort-
Labels: Cik 'Ainun in India
0
Assalamualaikum.....
Mari meneruskan sesi jaulah Cik 'Ainun di India kita. Kali ini kita ke Agra Fort or juga dipanggil sebagai Red Fort. Lokasinya lebih kurang 3km sahaja daripada Taj Mahal. Merupakan tempat tinggal bagi Akhbar Khan dan kaum kerabatnya dan merupakan salah satu kemegahan ketika zaman Mughal. Sayangnya hanya 25% sahaja yang boleh diterokai kerana selebihnya telah digunakan oleh pihak ketenteraan India. Walaupun 25% sahaja yang mampu dijelajahi ianya cukup membuatkan kami semua semput berjalan (penat ok!).
Bayaran masuk adalah Rs300 dan jika ada enterance ticket Taj Mahal ada diskaun Rs50 (so jadi Rs250 sahaja untuk enterance ticket). Diingatkan juga untuk mencari tourist guide yang betul-betul murah (sebab ada tendency untuk ditipu disebabkan kita adalah pelancong). Cari yang offer Rs200 untuk perkhidmatan (kalau lebih jangan dilayan offer itu ok!)
The enterance... see 2 orang sahabat mencari tourist guide.. kalau silap cari kena charge mahal...
suasana di dalam..cantik padang hijau itu...
Posing sebentar (seperti biasa..)
itu adalah replika jazuki/bath tub Akhbar Khan. Tingginya adalah 5 kaki dan diperbuat daripada dark marble. yang display buat guna batu biasa kalau letak betul-betul confrim tak sampai 5 minit lesap...
berlatar belakangkan lokasi lama bagi kuil Dewa Krishna..Sekarang sudah tiada sebab British sudah angkut kuil itu..gold tu kot...
di sistem ventilation utama...dulu guna saliran air sahaja sebagai fungsi penyejukan..
di kamar Shah Jahan..beralaskan, berbumbungkan dan berdindingkan white marble. Bahangian bumbung ada ukiran diperbuat dari emas.. kaya and mewah gitu...huhuhu..
di common court. tempat persidangan bagi mendengar permasalahan penduduk a.k.a rakyat jelata..
suasana di hadapan common court..
on the way back..mahu keluar dari Agra Fort..penat deh..
bye-bye Agra..
cheesee... sempat bergambar lagi walaupun penat..
sesi menguji keupayaan fridge magnet yang mahu dibeli...
Kalau mahu melihat suasana gambaran sebenar Agra Fort pada suatu ketika dahulu (di zaman Mughal), bolehlah merajinkan diri menonton filem Jodha Akhbar. Cantik gitu. Cik Kz tidak berjaya meng'snap' banyak gambar dek kerana camera Cik Kz mengalami gegaran. Ada objek aneh berjaya dikesah. auwww...seraammmmmmmmmmmmm.......
Baiklah, kita teruskan lagi jaulah nanti dengan catatan di sekitar bandar Delhi, ibu negara India..
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Cik 'Ainun di India - Part 5: -Agra: Agra Fort-"
Post a Comment