Cik 'Ainun di India - Part 4 -Agra:Taj Mahal-
Labels: Cik 'Ainun in India
2
Assalamualaikum wbt...
Jaulah diteruskan dengan menjejakkan kaki ke kota cinta di bumi Agra. Perjalanan dari Delhi mengambil masa selama 5 jam. Tiba di Agra kami singgah di sebuah hotel kecil untuk membersihkan diri dan bersiap-siap sebelum ke Taj Mahal. Cik Kz sempat merehatkan diri yang sudah terasa bisanya. Selesai bersiap terus kami ke Taj Mahal..
di pintu masuk....
Kamu masuk a lil bit lewat sedikit dek kerana Cik 'Ainun perlu menyimpan begnya kerana di dalam beg itu ada netbook. Sebarang netbook/laptop/notebook and ipod tidak dibenarkan dibawa masuk. So, we wait for almost 30 minutes before memulakan jelajah. Sesambil itu apa lagi kami bertiga berposing sakan la..huhuhu...Oh ye, tiket untuk masuk berharga Rs750 (mahal kot. tax untuk foreigner sahaja Rs500.for tempe just Rs20.. sengal sungguh)
the Taj Mahal..
Cantik sungguh Taj Mahal. Tersergah indah dan nampak sungguh gah. Dibina daripada marmar putih dan dihiasi dengan ukiran yang dibina dari pelbagai germ stones yang dibawa dari pelbagai negara. Memang berbelanja besar Shah Jahan untuk membina sebuah memorial untuk si isteri tercinta.
Kisah Taj Mahal..
Menurut touris guide kami, Karan:
Mumtaz Mahal merupakan isteri ketiga Shah Jahan. Beliau melahirkan 14 orang anak di mana 8 daripadanya telah meninggal dunia. Pada saat kelahiran terakhir anaknya, beliau telah mengalami tumpah darah (medic term: PPH -postpartum haemorrhage). Before menghembuskan nafas terakhir beliau sempat membuat 3 pesanan kepada Shah Jahan:
1. Never married again after this
2. To love her children as much as he can
3. To build a memorial as a symbol of love
Maka terhasillah Taj Mahal. Uniknya Taj Mahal ini sangatlah simetri. Jika difikirkan kembali zaman dahulu mana ada ahli ukur dan jentera yang secanggih zaman sekarang namun strukturnya sangat simetri dan unik. Total perbelanjaan untuk membina Taj Mahal ialah 4 crore (pada zaman itu, now jumlah tersebut lebih kurang 60 crore). Mahal kan (rasa macam suatu pembaziran pula..huhuhu).
Bergambar berlatar belakangkan refleksi Taj Mahal..
Another nice picture. Love it.
Taj Mahal with its reflextion
Guest house which is situated on the right side of Taj..
Seni ukiran pada sisi Taj Mahal..
Guest house dari Taj Mahal..
Ukiran dari pelbagai germ stones...
Mosque...on the left side of Taj..
Taj : view from the mosque..
Usai solat..harus berangkat keluar...
Dalam perjalanan mahu keluar dari kawasan Taj.. sempat posing di celahan laluan storage itu..
Our lunch before going to Red Fort... sedap...nyummy... :)
Total masa untuk menjelajah Taj ialah 2 jam (lama sebab mendengar ceritanya dan bergambar sakan). Banyak gambar ikutkan mahu ditepek but sikit-sikit sudah. Gambar-gambar tidak diedit sebab Cik Kz ketidakkerajinan untuk berbuat sedemikian.
Baiklah, jauhlah berikutnya di next entri...
Till then, wassalam... :)


saya suka semua entri ni!!!!hahahaha..bangga nye!!hik3
saya juga..weehewwwwwwwwwwwwwwww :)