Ayam Masak Stim

Labels:

2


Assalamualaikum...

Menu ini adalah susulan daripada ikan masak stim tempoh hari. Nampak gayanya memang mood makan masakan berstim tidak luput lagi dari senarai selera Cik Kz (hehehe). Kali ini Cik Kz olah sedikit menunya. Tak banyak beza cuma pada ayam itu Cik Kz perap bersama madu sebelum dikukus. Lain-lain sama sahaja.. :) Tapi, memandangkan Cik Kz extra rajin maka Cik Kz taipkan sekali lagi resepi tersebut. Ok tak?? hehehe.. 

Bahan-bahan
6 ketul ayam (saiz sederhana)
1 sudu madu
1 sudu sos tiram 
1 cawan kecil air
1 sudu kecil lada hitam
1 biji limau nipis
1/2 inci halia
4-5 ulas bawang putih
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Sayur : capsicum, brokoli, bunga kobis, kobis, bawang besar (hiris bulat), cendawan, daun sup, tauhu

Cara memasak
1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat dan kemudian lumur pada ayam yang telah dibersihkan. Sapukan madu pada ayam dan ratakan. Sebelum itu alaskan loyang dengan beberapa kepingan kobis (kalau tak mahu pun tak mengapa)
2. Dalam satu mangkuk kecil, satukan sos tiram, air, perahan air limau nipis. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
3. Masukkan ayam ke dalam loyang. Taburkan sayur-sayur mengikut kesukaan hati (Cik Kz letak daun sup last skali). Kemudian tuang bancuhan tadi ke dalam loyang tersebut. Susun tauhu (yang telah dipotong sederhana saiz) pada keliliang loyan. Tabur lada hitam secukupnya (nak letak lebih pun tak mengapa). 
4. Kukus sehingga ayam masak dan kemudian hidangkan bersama dengan sambal kicap.

mangkuk Cik Kz..nyummy....

Best makan masa panas-panas sambil menonton Secret Garden. Hyun Bin sangat cool and cold hearted but in the end becoma so sweet. I like!. hehehe.. But sudah tamat dramanya maka Cik Kz akan jarang menghadap lappy. Exam pun just around the corner (lagilah kurang rajin). Baiklah.

Till then, wassalam.. :)

2 Response to "Ayam Masak Stim"

  1. Anonymous says:

    salam cik kz....
    ermmm...mcm best jer resipi stim nih
    takpe2...nnt sy nk cube try test dulu resipi cik kz...hehe
    tp nmpk mcm sedap nih...;P
    ok cik kz..thanks for da recipe..wsalam

    -artoforigin-

    Cik Kz says:

    salam artoforigin...
    sila2 cuba.. tapi resepi ini cik kz campak sesuka hati ikut sesedap rasa..
    selamat mencuba..
    wassalam.. :)

Post a Comment