Cik 'Ainun di India - Part 3 - Shimla-

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Ya kali ini kita biarkan sahaja gambar yang bercakap ye. Biar gambar sahaja menceritakan semuanya (alasan sebab ketidakerajinan menaip panjang-panjang akibat kepeningan dan kemualan yang melanda. Mungkin sebab toxication or poisoning. oh apakah???)

Lokasi 1 : Haryana

Sebuah dearah yang harus dilalui sebelum sampai ke destinasi yang dituju iaitu Shimla. Tempat di mana ramainya kaum Punjab berada (yang pakai serban tu ala kaum singh tu.). Berhenti sebentar di r&r yang agak besar dan dipenuhi dengan kaum kerabat tersebut.

pelbagai jenis samosa yang pastinya sangat nyummy.... sedap tau...

posing dan bergurau senda sementara menanti ketibaan pemandu...

Lokasi 2: Shimla, Himachal Pradesh. 

Merupakan salah satu tempat tarikan pelancong (tapi banyak pelancong tempatan daripada pelancong luar. Motif? tidak dikenalpasti). Tanah tinggi yang super duper sejuk membeku. Kebetulan sepatutnya musim salji turun but tidak pasti mengapa salji masih malu-malu untuk memunculkan diri. Menginap di hotel yang tingginya aduhai naik semput untuk mendaki (bila menggunakan tangga. Kalah buat cardio. Penat ok!). But puas hati sebab pemandangan oklah cantik (walaupun bak kata Cik Seti ada hotel yang lebih cantik). Mungkin hotel ini akan super duper cantik pemandangan ketika musim bersalj-salju nanti..

Kawasan laluan ke The Mall...

The Mall. Bukanlah shopping complex tetapi merupakan jalan utama di Shimla yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaan..

Inilah tempat salah satu lokasi 3 Idiots. Ingat tak? Di mana mereka bertiga berkumpul sebelum merancang untuk ke rumah Chandorcharchamcha.. apakah nama yang sungguh panjang itu....

Berjalan di celah ceruk jalan di kota Shimla yang sungguh bersimpang siur...

Bergambar bersama warga tempatan... Muka ala sepet-sepet sedikit macam orang tibet..

Seorang budak lelaki membantu ibunya menjual buku di pasar Shimla...comel!!

Abang-abang (errr..) kedai yang suka berposing dan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk memasak..

Pak Cik ini sangat suka bergambar. Di dalam kawah itu adalah susu yang dimasak..

Our breakfast for that day. Channa batora. 2 plates channa dan manisan total cuma Rs50 (murah sangat-sangat kot!)

Si comel bermata cantik. Subhanallah.... :)

Kedai kedua untuk breakfast. Sangat banyak makan dan macam-macam dipesan. Total cuma Rs40. Pengsan dengan kemurahan harga makanan tersebut..

Another version channa batora yang sungguh sedap dap dap...

Antara bangunan di sekitar The Mall...

Lokasi 3 : Kufri, Himachal Pradesh

Mengambil masa lebih kurang 1jam untuk tiba dari Shimla. Kawasan tanah tinggi dengan ketinggian mencecah 2500 kaki dari paras laut merupakan antara tempat yang menjadi tumpuan pengunjung. Sangat cantik ketika dilitupi salji. Kalau tiada salji, beginilah rupanya sedikit kering kontang..

Itu yak. Rs20 untuk bergambar bersama yak, siap bersenapang dan bertopi cowboy...

Suasana di Kufri. Meriah dengan gerai menjual teh dan maggie...

Kami berjalan-jalan di sekitar Kufri...

Saranghe yo.... :)

Posing dengan pakaian tradisi kaum Himachal. Ok semua nampak gemuk disebabkan pakaian ini...

Ke fun world yang sangat suram dan sepi..

Motif? Main gocart..yehaa!!! hahahaha... :P

Lokasi 4 : The Mall, Shimla.. 

On second day, berjalan di sekitar The Mall (again) sambil shopping-shopping...

di ceruk pasar tani Shimla. Sayur-sayuran yang super duper segar dan kelihatan sangat lazat...

 Buah kiwi hunting... sesambil melihat buah lain yang sangat sedap...

 Yay..buah kiwi yang comel dan manis berjaya dijumpai.. Cik Kz shopping buah limau yang sedap itu... :)

on the way to Agra.. berehat sebentar menikmati sunset (yeke? cam tipu jer..hahaha)..

Baiklah, tamatlah kisah jalan-jalan di Shimla. Will continue with kisah jaulah ke Agra: Kota Cinta Agung Shah Jahan dan Mumtaz...

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Cik 'Ainun di India - Part 3 - Shimla-"

Post a Comment