Telur Bertempoyak Masak Kicap

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Pheww...kemaruk makan tempoyak pula melanda Cik Kz malam ini. So, finally Cik Kz buat telur bertempoyak. Then rasa macam kosong kalau makan macam tu lalu Cik Kz buatkan masak kicap. Resepinya mudah sahaja. Jom kita tengok...

Bahan-bahan
1 biji telur 
1 sudu tempoyak
Sedikit daun sup dan cendawan butang 
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh serbuk kari
1 labu bawang besar (mayang bulat)
4-5 ulas bawang putih 
1 biji cili hijau
Sedikit sayu : capsicum, tomato, cendawan
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara memasak
Untuk telur: hiris cendawan dan daun sup nipis-nipis dan campurkan bersama telur dan cendawan. Pukul sebati. Letakkan sedikit garam. Masak macam masak telur dadar.

Masak kicap: Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan kicap dan serbuk kari. Tambah sedikit air. Jatuhkan cendawan dan biarkan seketika. Masukkan telur, capsicum, tomato dan cedawan. Sebatikan. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Bila sudah ok tutup api. 

isi dalam telur tempoyak tersebut..

Alhamdulillah. Habis licin Cik Kz makan. Ada baki lauk semalam juga Cik Kz makan bersama dengan telur ni. Nampak macam orang sedikit kebuluran walhal seharian di rumah kerjanya makan sahaja. Rosak diet den macam ni (diet ker?? hahaha) 

Bila sudah kenyang mulalah mata semakin kuyu. Buku tak habis baca lagi cik kak oii!!! Bangun!!!!

Baiklah semua, ada masa Cik Kz update lagi. Sekarang mahu solat (azan berkumandang menandakan masuk waktu isyak bagi wilayah Bangalore dan kawasan yang sewaktu dengannya). Kemudian mahu berperang dengan buku dan otak sendiri..

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Telur Bertempoyak Masak Kicap"

Post a Comment