Birthday Celebration...
Labels: Life
0
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah, our lil sis in the house (G22) has turn 24 today. A small, simple yet memorable celebration had been organised yesterday (cause today we don't have morning rotation).
So, my dear sis,
Selamat Ulang Tahun yang ke-24 (opss.. ke tidak boleh disebut nombornya???)
May Allah bless you always...
Grant you with the happiness
That never sorrow you
Semoga bahagia dunia dan akhirat...amin...
Ini adalah starter di restoran Miller's 46 Steakhouse tersebut. Roti yang kami sendiri tidak tahu apa namanya tetapi garlic and mayo souce itu sangat sedap. Makan-makan sampai kenyang. Starter yang diorder tidak sempat diambil gambarnya dek kerana sejurus pelayan meletakkan makanan tersebut maka bersusun2 garfu menyerbunya..hahaha.. (kami sangat lapar kerana penat seharian di hospital)
Ini pula chicken and mushroom cream soup. Terbaik!!!. Sedap sehingga licin mangkuk kecil itu. Rasa mushroom yang sangat segar, terbayang-bayang akan rasanya. Tambahan pula sekarang Cik Kz sangat menggemari cream soup. Oh tidak (boleh gumukkk.. )
Here is my main course. Lupa nama fullnya tetapi yang pasti akhir nama menu ini 'Big Mama'. Apa yang dimaksudkan dengan 'Big Mama' tersebut adalah daging steaknya adalah sebanyak 2 ketul ya. Penat menghabiskannya. Penat mengunyah. Alhamdulillah sedap dan amat kenyang.
Kawan-kawan lain turut merasa gembira. Diharapkan makan-makan ini mampu mengeratkan antara kami yang semakin jauh. Buat yang terasa hati, harap ianya mampu mengubat rasa itu. Andai masih ada kekurangan maaf dihulurkan. Ukwah itu lebih disayangi. Jangan dibebani dengan rasa hati yang berbaur itu. Ceria-ceriakan hati itu..hihihi...
Baiklah, masa untuk berehat. Ulangkaji pelajaran pula.
Till then, wassalam...


0 Response to "Birthday Celebration..."
Post a Comment