STPM..
Labels: Family
0
Assalamualaikum wbt....
Sudah 4 hari blog ini bersawang. Nasib baik labah-labah tidak muncul, kalau muncul mungkin sukar untuk Cik Kz mencari penyapu untuk membuang semua sawang itu.
STPM..
It's a story by my lovely sis. Bukan STPM as Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ya tapi ini STPM versi lain pula. Buat mereka yang tidak mahu meneruskan pelajaran, mahu duduk di rumah adalah bagus untuk memilih sijil ini.
STPM = Saya Tunggu Pinangan Masuk
Hahahaha... Tergelak besar Cik Kz lantaran mendengar celoteh adik tempoh hari. Dalam kerisauan dek kerana masih belum mendapat sebarang tawaran untuk melanjutkan pelajaran, masih sempat bersenda, bergurau-gurau.
Itu cadangan dari mak (walaupun hakikatnya mak tidak akan membenarkan perkara itu terjadi) juga usikan dari Pak Cik Soya yang saban hari akan bertandang ke rumah.
So, belajar memasaklah adik kesayangan itu sekarang ini. Kelakar pun ada. Dek kerana mahu membuat sayur masak lemak tempoh hari, Cik Kz yang di kejauhan ini dihubungi. Katanya, tidak mahu mak tahu nanti tidak best. Apa yang tidak best tidak tahu la. Habislah dapur itu dikerjakan dua beradik tu.. I should ask Ija about their cook. Mana tau balik cuti nanti boleh goyang kaki. Tugas memasak jatuh pada mereka..hehehe... :P
Funny. Yes it is. As I was a bit worried bout her but then to hear she lough it makes me a bit relief. I pray the best for her. May her dream to become an architect will come true..
Insya Allah.. amin...
Till then, wassalam...


0 Response to "STPM.."
Post a Comment