Kuih Seri Muka

Labels:

0


Inilah kuih kegemaran saya. Cara membuatnya amatlah mudah. Mungkin memerlukan sedikit kesabaran (untuk orang yang kurang arif memasak seperti saya). Mari berkongsi resepi...

Bahan-bahan:
1. 1/4 kg beras pulut
2. 3/4 cawan tepung gandum
3. 3/4 cawan tepung beras
4. 5 cawan santan 
5. 1 cawan gula pasir
6. 2-3 biji telur
7. 2 helai daun pandan
8. Sedikit pewarna hijau
9. Sedikit garam

Cara membuat:
1.Kukus beras pulut sehingga hampir masak. Kemudian gaulkan bersama 2 cawan santan (telah dicampur dengan sedikit garam terlebih dahulu). Kukus semula sehingga beras betul-betul masak. Masukkan ke dalam loyang dan mampatkan.
2.Untuk tepung bahagian atas, campurkan tepung gandum, tepung beras, santan pekat (3 cawan), gula, telur, daun pandan dan pewarna hijau. Kisarkan bahan tersebut dan kemudian tapis.
3.Masukkan hasil tapisan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak (lebih kurang 20 minit)

Sebelum...


Selepas.. sudah siap untuk dimakan.. :)



Ini resepi untuk loyang yang kecil sahaja. Jika mahu membuat untuk loyang yang besar gunakan cawan yang lebih besar dan jangan lupa tambah kuantiti beras pulut serta santan yang diperlukan untuk digaulkan bersama beras tersebut.
Selamat mencuba.
Till then, wassalam..

0 Response to "Kuih Seri Muka"

Post a Comment