Exam's Dairy : Day 3 - Sambal Terung & Ayam Masak Beriyani

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini, main masak-masak lagi. Penat berperang di dewan peperiksaan. Menu simple sahaja. Bahan-bahan di dapur pun cukup. Maka terhasillah sambal terung dan ayam masak beriyani. Dan seperti biasa, resepi mak yang menjadi pilihan hati. Jom zoom resepi...

Sambal Terung



Bahan-bahan
1. 500g terung panjang (boleh guna terung bulat)
2. 3 sudu lada kering yang telah siap dikisar
3. 2 biji bawang besar (dikisar bersama lada kering)
4. 3 sudu besar sos cili
5. 2 sudu besar sos tomato
6. 2 sudu besar santan pekat
7. 1 sudu teh garam
8. Sedikit pati ayam dan gula
9. Sedikit ikan bilis (ditumbuk halus)
10. Sedikit air asam (lebih kurang 1 sudu besar)
11. Minyak untuk memasak (4 sudu besar)
12. Air (untuk kegunaan mengisar)


Cara memasak
1. Potong terung kepada dua dan kemudian potong di bahagian tengah supaya lebih pendek saiznya (jika tidak mahu potong tidak mengapa) dan kemudian bersihkan.
2. Goreng terung tersebut sehingga sedikit layu.
3. Panaskan minyak di dalam kuali (gunakan minyak untuk menggoreng terung sebentar tadi pun tiada masalah cuma kurangkan sedikit kuantitinya). Masukkan lada dan bawang yang telah diblen
4. Masak sehingga hampir kering kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kemudian masukkan air asam..
5. Setelah hampir kering masukkan santan. Masak sehingga minyak pecah.
6. Jatuhkan terung dan jauh sebati. Masukkan garam, gula, pati ayam. Dan gaulkan. Masukkan ikan bilis.
7. Masak selama 5 minit dan tutup api. Siap untuk dihidang...


Ayam Masak Beriyani



Bahan-bahan
A. Untuk menggoreng ayam -guna resepi di sini

B. Untuk menumis
1. 1 biji bawang besar
2. 4/5 ulas bawang putih
3. 1/2 inci halia
4. 1 biji tomato
5. 5/6 biji cili hijau (lebihkan jika mahu lebih pedas)
6. 3/4 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong 4)
7. 3/4 sudu rempah beriyani
8. 1/2 kotak santan pekat (lebih kurang 1 cawan kecil)
9. Bawang goreng *
10. Sedikit air
11. Sedikit garam, gula dan pati ayam

Cara memasak.
1. Goreng ayam yang telah diperap
2. Goreng kentang yang telah dipotong sehingga kekuningan (boleh juga jika mahu garing)
3. Dalam pada masa yang sama anda bolehlah mengisar bawang merah, bawang putih, halia, tomato dan cili hijau bersama.
3. Panaskan kuali. Dengan menggunakan minyak yang sama (minyak goreng ayam), tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masak sehingga sedikit kering
4. Masukkan rempah beriyani dan gaul sebati. Masak selama 10 minit (atau sehingga naik bau rempah)
5. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Masak sehingga sedikit pekat. Masukkan garam, gula dan pati ayam secukup rasa)
6. Masukkan ayam dan gaul. Biarkan selama 5 minit
7. Taburkan bawang goreng dan gaul. Tutup api dan siap untuk dihidang...


Ini adalah makanan favourite Cik Kz. Memang tidak pernah tertinggal tiap kali pulang bercuti. Antara makanan wajib yang akan Cik Kz makan. Anda boleh mengolah resepi ini. Enak juga jika ditambah kismis dan gajus..

Dan untuk bawang goreng anda boleh gunakan bawang goreng yang siap sedia atau anda boleh sediakan sendiri. Caranya amat mudah.

Cara membuat bawang goreng
1. Bawang merah (yang kecil saiznya)
2. 1 sudu besar garam
3. Air
4. Minyak untuk menggoreng

Bawang merah dimayang halus (kuantiti terpulang, jika mahu banyak gunakan lebih banyak bawang). Kemudian rendamkan bawang tersebut ke dalam air garam. Biarkan selama lebih kurang 20-30 minit. Tuskan bawang tersebut dan goreng sehingga garing.
Proses penggorengan akan mengambil sedikit masa, oleh itu perlu lebih bersabar dan diigtkan untuk mengangkat bawang goreng dengan kadar yang cepat kerana ianya cepat hangit.

Selamat mencuba...

Oh ya... Alhamdulillah ENT is over and hope for the best for me and for all my friends here...

Till then, wassalam

0 Response to "Exam's Dairy : Day 3 - Sambal Terung & Ayam Masak Beriyani"

Post a Comment