Apam Pelangi

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Weeee.... here come my last update for tonight. Rasanya dah lenguh duduk macam ni sesambil membuat hot compression ni. So, ini menu dinner Cik Kz. Acutally Cik Kz study menu apam ni lama dah. Siap rujuk dengan tok guru di Temerloh lagi. hehehe.

So bila dikaji resepinya hampir sama dengan resepi untuk kuih puteri ayu (bahagian hijaunya) dan Cik Kz rasa sungguh happy as tidak perlu bersusah payah menimbang segala bahan-bahan yang diperlukan sebabnya sukatannya cuma menggunakan cawan. Mudah kan.. Jom tengok resepi..
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus (Cik Kz kurangkan kepada 1 cawan sahaja)
1/2 cawan santan
3 biji telur
1 sudu teh ovalet
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna (ikut suka)

Cara membuat
1. Dengan menggunakan mixer, pukul telur bersama gula sehingga adunan sedikit kembang. Masukkan tepung perlahan-lahan.
2. Masukkan santan dan ratakan. Masukkan baking powder dan ovalet dan pukul doh sehingga doh kelihatan sedikit kembang (jadi macam likat sedikit).
3. Pecahkan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna untuk tiap bahagian.
4. Panaskan periuk kukus. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit mentega. Lapiskan berselang seli adunan warnanya.
5. Kukus selama 30-40 minit atau sehingga apam masak.


Gambar kurang cantik since Cik Kz guna camera hp je. Camera Cik Kz tertinggal di rumah Cik Seti. Kalau perasan warnanya tidak berlapis cantik sebabnya Cik Kz main tuang sesuka hati. Maka pelanginya tidak terbentuk cantik. hehehe.

Done with cooking entry. Cik Kz still on treatment. Berapa lama harus begini wallahualam. Yang perlu Cik Kz lakukan sekarang adalah bersabar dan redha. Sudah buat bacaan it takes months to year to heal. huhuhu.. Kesabaran dan harus kerajinan..

Baiklah, till then wassalam... :)

note: doakan Cik Kz cepat sihat....

0 Response to "Apam Pelangi"

Post a Comment