Ayam Masak Kicap Sempoi

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt.....

Ikutkan hati Cik Kz hari ini mahu saja Cik Kz berkurung di dalam bilik. Kurang kerajinan mahu makan but bila perut sudah menyanyikan lagu Keroncing Ana versi irama rock terus Cik Kz dirasuk angin rajin (rajin sedikitlah ya bukan banyak pun). So, hajat mahu masak kurma tapi jadi masak kicap pula. Ada keanehan di situ.

Bila menu bertukar itu bermakna Cik Kz mencampak segala bahan yang Cik Kz jumpa di depan mata dan yang tercapai di tangan ketika membuka peti sejuk. Jom tengok resepinya... 

Bahan-bahan (untuk makan seorang)
3 ketul ayam (medium size)
1 biji kentang (potong wedges dan goreng garing)
1 labu bawang besar (dihiris bulat-bulat)
1/2 labu bawang besar (ditumbuk)
7 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji cili padi (ditumbuk)
1/2 inci halia (ditumbuk)
1/2 biji limau nipis (diperah jusrnya)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar santan
3 sudu besar kicap (Cik Kz guna kicap Kipas Udang)
1 sudu teh serbuk kari ayam
1/2 biji capsicum (ini optional sahaja)
2 biji tomato (potong 4 tiap satunya)
Sedikit air, kunyit, garam dan serbuk perasa

Cara memasak
1. Bersihkan ayam dan lumur bersama kunyit dan garam. Goreng sehingga sedikit garing. Angkat dan asingkan
2. Tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Tambah santan, jus perahan limau nipis dan daun limau purut. Sebatikan. Masukkan kicap dan serbuk kari. Tambah sedikit air. 
3. Jatuhkan kentang (yang telah digoreng tadi), tomato dan ayam yang telah digoreng. Ratakan masakan. Tambah garam dan serbuk perasa secukupnya.
4. Masukan capsicum dan bawang merah (yang dihiris bulat-bulat). Tutup kuali dan biarkan selamat 5 minit (masak pada api sederhana). Bila rasa sudah ok tutup api.

Ayam ini rasanya manis-manis dan masam-masam dihujungnya which is Cik Kz suka rasa sedemikian. Tak habis Cik Kz makan tadi mungkin kerana tak begitu berselera as mood Cik Kz betul-betul rosak sejak pagi tadi. Dengan exam yang bertukar topiknya (ades)

So Cik Kz makan ayam tersebut bersama....

 sayur kobis dan lobak masak lemak... letak udang kering sedikit...

 Nasi impit dan daun sup....

Daun sup tu Cik Kz letak sekali untuk menghabiskan stok daun sup. Baik makan dari dibuang macam tu sahaja. Elakkan pembaziran (tambah hujung bulan sekarang ni). Nasi impit tu lebih masak hari itu. Alhamdulillah masih elok. Terasa mahu buat kuah kacang pula. hahaha..

Ok, buat Cik Ros yang bertanyakan ovalete itu apa, Cik Kz tepet gambar ovalete kat bawah ini so that Cik Ros senang nak cari bila tau rupa, warna dia macam mana. Boleh guna buat kuih-muih dan kek. Nanti jadi spongy-spongy and lembut gitu. Sure tertarik dan geram mahu makan. hehehe..
Ovalete ini buatan Malaysia...

Untuk segala stok buat kuih selalunya mak Cik Kz memang akan sediakan siap-siap so balik rumah Cik Kz cuma perlu angkut sahaja. Kalau ada tambahan sendiri mau cari di supermarket or kedai bakery. After ni Cik Kz mahu belajar baking bila oven berjaya dibeli nanti (insya Allah). So more stok akan perlu dibawa dari kampung halaman. Hence, I need those 30kgs luggage allowance. hahaha..

Baiklah, study..study.. Esok kan exam ortho. Satu buku perlu dihabiskan. Sangat terbaik. Jangan buat surprise lagi macam hari ini sudah. Seperti seorang kawan yang menulis status di FB beliau : "The Surprise Midwives"

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Ayam Masak Kicap Sempoi"

Post a Comment