Connection..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hmm... Apa ya...*blurr sekejap*.. Cik Kz teringatkan perbualan Cik Kz dengan bonda semalam. Cik Kz mengadu sakit. And mak berulang kali suruh balik. Suruh check tiket. Kalau boleh balik before Febuari sebab nanti takda lah dekat sangat dengan April (cuti sebenar). But the main problem is the RP. Cik Kz sudah menggunakan kedua-dua entry for the permit and after this perlulah apply for exit permit which is lagi penuh dengan kesengalan. 

Mak: Angah ada sakit ke hari ahad malam
Angah: hmm...tak ingatlah... tapi tu malam nak exam esoknya..nape?
Mak: dalam kul 12 Malaysia mak mimpi. Ada anak mak panggil mak. Mak rasa suara tu suara angah. Angah mintak tolong. Bila mak jerit nama angah mak terus tersedar..
Angah: hmm.. jap...biar angah ingat.. oh ye.. ada-ada. malam tu memang angah ada sakit sangat kat ------ sampai tak boleh nak study, tido pun susah...
Mak : patutlah.... pastu terus mak tak sihat. hang tak sihat gak ke pastu..
Angah: ada gak rasa sengal-sengal gitu...seram sejuk...

A connection between seorang ibu dan anak yang unik. Kadang kala kita tidak pasti mengapa dan kenapa but the connection is so unique. Kalau Cik Kz sakit mak Cik Kz akan terasa sesuatu. Naluri ibu dan esoknya mesti mak Cik Kz sakit juga. Selalunya kalau kes demam dan batuk. Dan nanti sakit itu akan terjadi pada adik Mijie. 

Mak selalu cakap kalau anak mak yang Angah ni sakit sure yang bongsu akan ikut sakit. Then after that sure juga mak akan turut sakit. Macam ada connection between angah-mak-mijie. (sebab kami anak manja ker???? hahaha). And sometimes mak akan dapat mimpi atau rasa tak sedap hati kalau ada antara anaknya sakit or menghadapi masalah. Macam kes Ebob accident dulu mak rasa kurang best. 

Mungkin itu adalah uniknya menjadi seorang ibu. Naluri keibuan terhadap anaknya sangat menebal. Feeling itu buat Cik Kz rasa macam aduhai sayang sungguh-sungguh sayang pada bonda tercinta. Dan terasa mahu merasai naluri itu (hahaha..gatal..wewww....) 

Baiklah, update sementara menghilangkan penat mencuci hall dan dapur. Rasa macam nak cabut je duty roster yang cantik tu. Cantik tapi tiada makna buat apa. Jadi sengal adalah... lalala...

Till then, wassalam... :)

note: sakit tapi sakit rumah itu lebih teruk dan hebat...

0 Response to "Connection.."

Post a Comment