Sup Ayam dan Sayur Masak Merah Telur
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Hahaha..Jangan pelik kalau malam ini tiba-tba banyak sungguh update di blog Cik Kz. Actually Cik Kz berupdate sesambil membuat hot compression. Tangan menaip laju. Sudah lama Cik Kz peram menu ni. Entah tak ingat bila Cik Kz masak. Dalam minggu lepas agaknya. hehehe.
So let see the recepies...
Sup Ayam..
Bahan-bahan
6 ketul ayam saiz sederhana
Rempah 5 beradik (bunga lawang, buah pelaga, cengkih, jintan manis, dan kayu manis) - ambik sedikit setiap satunya
1 labu bawang besar - dimayang halus
6 ulas bawang putih- diketuk/tumbuk halus
1 sudu lada hitam - ditumbuk halus
Sedikit minyak dan air
Garam dan serbuk perasa
Daun sup - hiris halus
Cara memasak
1. Tumis rempah 5 beradik sehingga naik bau dan kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga sedikit garing.
2. Masukkan ayam dan sebatikan kemudian tambah air. Masak pada api yang perlahan.
3. Bila sudan mendidih masukkan lada hitam dan kacau sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Bila ayam sudah empuk, matikan api.
4. Tabur hirisan daun sup untuk aroma yang lebih menyelerakan
Sayur Masak Merah Telur
Bahan-bahan
2 biji telur
Sayur-sayuram (kobis, bunga kobis, lobak merah dan cendawan) - potong ikut kesukaan
1 sudu cili kering yang telah dikisar
1 sudu besar sos cili
1/2 labu bawang merah - mayang halus
3 ulas bawang putih -diketuk
Garam dan serbuk perasa
Cara memasak
1.Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili kering dan masak sehingga terbik minyak. Tambah sedikit air dan sos. Sebatikan.
2.Bila kuah agak mendidih pecahkan telur sebiji demi sebiji dan biarkan masak. Kemudian masukkan sayur dan masak sayur sehingga sedikit layu.
3.Masukkan garam dan serbuk perasa. Bila rasa sudah ok tutup api.
Resepi untuk sayur itu Cik Kz main taram sahaja. Since sup sedap makan dengan benda yang pedas and Cik Kz malas mahu makan bersama sambal kicap so Cik Kz sesuka hatinya buat sayur begitu. A good combination indeed. hehehe.
Baiklah, next update pula.. hehehehe
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Sup Ayam dan Sayur Masak Merah Telur"
Post a Comment