Ayam Masak Merah Sempoi
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
This is a version of very simple ayam masak merah. No need to use santan neither to goreng-goreng ayam sampai ayam garing. Tercetus bila mana Cik Kz konon nak masak suddenly gas sudah malap-malap and zaasss habis. Bila kena tunggu pakcik gas hantar gas mulalah mood masak dan makan merundum. Nak cepat-cepat siap masak, siap makan then study. Jom tengok resepinya...
Bahan-bahan
4 ketul ayam (saiz sederhana)
4 ulas bawang putih- tumbuk
1 labu bawang besar *
2 sudu besar cili kisar *
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Sayur - lobak dan tomato
Daun sup - hiasan
Garam, gula dan serbuk perasa
Cara memasak.
1. Kisarkan bahan bertanda * dengan sedikit air. Di dalam kuali panaskan sedikit minyak (dalam 2 sudu). Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan terbalikkan ayam (tujuan nak bagi garing-garing sedikit). Kemudian, masukkan hasil kisaran (bawang besar + cili kisar). Masak pada api sederhana.
3. Masak sehingga kuah sedikit likat. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sebati. Masukkan tomato dan lobak. Masak selama 5 minit.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Bila rasa sudah ok tutup api. Hias dengan daun sup (jika mahu)
mengiurkan tak??? hehehe...
Memandangkan Cik Kz tak makan dengan nasi so Cik Kz buat a lil bit kering kuahnya. Kalau nak kuah banyak boleh aje. Perasakan masakan ketika kuah sudah likat. Then boleh tutup api. Since ayam tu digoreng dengan sekejap (bukan deep fried) so ada rasa sedikit kegaringan. Santan pun Cik Kz tidak letak since it was a very quick and simple version of masak merah.
Mari cuba dan selamat mencuba..
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Ayam Masak Merah Sempoi"
Post a Comment