Baked Cheese Potato

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Semalam mood ala-ala orang barat melanda Cik Kz. Actually, masa ke Mantri Mall hujung minggu lalu Cik Kz ada beli daging steak cut. So, mulalah berangan-angan mahu makan steak. So, Cik Kz masak baked cheese potato ni as a side dish. Resepinya Cik Kz main taram sesuka hati Cik Kz bersesuaian dengan bahan-bahan yang ada. Jom tengok resepinya..

Bahan-bahan
2 biji kentang
Cheese
Butter
1 sudu susu cair
Lada hitam
Garam

Cara membuat
1. Rendam kentang di dalam air selama 15 minit. Basuh bersih kulitnya dan rebus sehingga empuk. Belah kentang kepada 2 bahagian.
2. Dengan perlahan-lahan korek isi kentang. Pastikan kulit kentang tidak terkoyak. Masukkan isi kentang di dalam mangkuk.
3. Lenyek isi kentang sehingga lumat. Masukkan cheese, butter, susu, garam dan lada hitam. Gaul sebati.
4. Masukkan semula campuran tadi ke dalam kulit kentang. Sapukan cheese di atas permukaan kentang tersebut. Bakar dengan mode grill selama 10-15 minits (Cik Kz pakai mocrowave oven). 

Nampak rata je kan permukaan kentang tu. Cheese pun tak meleleh keluar sebabnya Cik Kz just pakai cheese spread. Lagi best kalau pakai cheese yang cubical tu yang dan dicincang halus. Sure rasa dan rupa lebih mengancam. 

So, Cik Kz makan bersama dengak blackpepper steak, sosej dan coeslow. Habis licin. Kononnya takut tak cukup lauk dinner sekali makan alhamdulillah tersangat kenyangnya..

my dinner plate..

Mood western dah tamat so hari ni kena mood tradisional pula. Mahu masak apa ya. Oh yes, lagi 22 hari sahaja lagi mahu pulang. yay!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (over excited sungguh)

Tak lupa juga. Selamat Hari Wanita buat semua wanita di dunia ini (termasuk diri Cik Kz juga). Cik Kz suka pepatah ini : 
Tangan yang menghayun buaian jangan disangka tidak mampu menggoncangkan dunia...
So, can I be one???

Till then, wassalam

0 Response to "Baked Cheese Potato"

Post a Comment