Sambal Bilis Mudah
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Hari ini for dinner Cik Kz cuba masak sambal bilis versi mudah lagi sedap. Resepi Cik Kz peroleh dari seorang sahabat yang sungguh misteri. hehehe. Baiklah, jom tengok resepi tersebut..
Bahan-bahan
Ikan bilis (lebih kurang 1 mangkuk kecil)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2-3 sudu besar cili kisar
Sedikit air, garam, gula dan serbuk perasa
Minyak (untuk menggoreng)
Cara memasak
1. Panaskan kuali dengan minyak. Goreng ikan bilis pada api sederhana sehingga garing (jangan buka api kuat-kuat nanti ikan bilis masak tetapi tidak rangup). Angkat dan tuskan
2. Tinggalkan sedikit minyak (lebih kurang 2 sudu besar) untuk menumis. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan cili kisar dan tambahkan sedikit air. Sambil itu ketuk-ketuk/tenyeh bawang merah yang telah ada di dalam periuk tersebut (tak nak buat pun takpa). Masak sehingga sambal garing
4. Masukkan ikan bilis, garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Gaul sebati dan tutup api.
Enak dimakan ketika masih panas bersama nasi putih. Boleh juga dimakan dengan roti. Kalau mahu buat makan bersama nasi lemak boleh juga but for Cik Kz kurang sesuai (sebab sambal bilis yang berlemak lebih ada umphhh.hehehe.. ) Ikan bilis memang jadi garing dan rangup sebab tidak bergaul dengan sambal terlalu lama.
Selamat mencuba.
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Sambal Bilis Mudah"
Post a Comment