Mee Rebus Johor
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Menu ni Cik Kz buat untuk dinner semalam walaupun Cik Kz telah makan KFC. Sebab teringin sangat nak makan (tambah teringin bila nampak ada status di FB kawan makan mee rebus). Cik Kz calling-calling mak Cik Kz untuk bertanyakan resepinya. Since, mak orang Johor, jadi ini mee rebus versi Johor (mungkin lain dengan Mee Rebus Ramli). Jom tengok resepi simple ini..
Bahan-bahan
200g daging batang pinang
2 biji telur
2 biji kentang (saiz sederhana besar.rebus sehingga empuk dan kisarkan)
1 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas *
1 sudu teh udang kering *
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
Air, minyak
Sayur - lobak, tomato dan bunga kobis
Daun sup, bawang goreng , tauhu (digoreng)
Garam, gula dan serbuk perasa
Cara memasak
1. Rebus daging sehingga empuk. Tuskan dan hiris nipis daging tersebut. Air rebusan daging jangan dibuang ye.
2.Kisarkan semua bahan bertanda * dengan menggunakan air rebusan daging. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisaran sehingga naik bau dan sedikit kering.
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat. Masukkan daging dan ratakan. Masukkan lebihan air rebusan daging (ikut suka banyak mana. kalau mahu kuah banyak letak banyak air)
4. Masak selama 5 minit pada api perlahan. Masukkan kentang yang telah dikisar dan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
5. Masukkan sayur dan kacau kuah perlahan-lahan. Bila kuah sudah agak memekat, pecahkan telur satu persatu dan biarkan kuah seketika (kalau kacau nanti telur pecah di dalam kuah. tak cantik).
6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Bila rasa sudah ok (kuah sudah agak memekat) tutup api. Hidangkan bersama daun sup, bawang goreng dan tauhu goreng.
mee rebus johor..siap untuk disantap...hehehehe...
Memandangkan Cik Kz tiada stok tauhu dan bawang goreng so Cik Kz makan macam tu sahaja (a lil bit plain actually). But all in all puas hati setelah hajat berkurun lama mahu makan berjaya dilaksanakan. Proses nak mendapatkan resepi pun lama sebab hp mak Cik Kz buat hal. Call tak dengar suara, nak taip sms tapi keypad buat hal.
kenapa banyak gambar???? sebab saja je..hihihi...
Baiklah semua. Got to do some revision. hehehe. Cam tipu jer. Ok dah final year tapi kesedaran masih belum memuncak. Dalam kepala fikir cuti..cuti..cuti. aigoo.. Homesick yang tidak berkesudahan...sob..sob..sob...
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Mee Rebus Johor"
Post a Comment