Ayam Percik
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Menu ini sebenarnya tak dirancang pun. Actually kononnya mahu buat ayam bakar then makan dengan air asam yang kebetulan Cik Kz dah sediakan sebelum tu. But bila nak makan tadi rasa air asam tu sudah kemasaman yang aneh jadi Cik Kz terus tukar menu. Masak terus sambal percik untuk disalut pada ayam yang dah siap dibakar tu. Jom tengok resepinya...
Bahan-bahan
Ayam
1 kotak santan
2 biji cili api *
1 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 batang serai (diketuk)
Serbuk kunyit
1 sudu teh kerisik
Garam, gula, oregano dan serbuk perasa
Cara memasak
Untuk ayam - bersihkan ayam. perap bersama sedikit serbuk kunyit, garam dan oregano. bakar sehingga masak.
Untuk kuah percik - kisar semua bahan bertanda *. Tumis pada api perlahan sehingga garing. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Masa sehingga terbit minyak. Masukan kerisik, garam dan gula secukupnya. Tutup api.
Ayam percik - salutkan kuah percik pada ayam. Bakar ayam lebih kurang selama 5 minit (supaya kuah melekat pada ayam)
siew pak choy dan cauliflower bersos tiram...
Cik Kz makan ayam percik tersebut bersama sayur di atas. A very simple menu. Kata kawan Cik Kz, susah nak dapat ayam percik kalau bukan musim puasa. Susah nak cari. So, kalau nak makan kena buat sendiri. Bila fikir balik betul juga. Masa di rumah dapat makan pun sebab mak rajin buat (Cik Kz tolong makan aje. hehehe)
Baiklah. Selamat mencuba
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Ayam Percik"
Post a Comment