Jadual Baru...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Blog sudah mahu bersawang. Maka harus lebih rajin menulis. Pagi tadi (semasa sedang posting paediatrics) satu khabar berita yang amatlah tidak enak didengar oleh kami (semua). Perubahan jadual posting (clinical).

Mulai minggu hadapan, tiada lagi rotation (half day free). Setiap hari ada posting dek kerana katanya tidak cukup hours. Memang tidak faham kenapa timbul soal tidak cukup. Tetapi ada logiknya juga kerana semasa exam rotation terbatal (atau kami sendiri yang buat-buat batal).

Jadi, mahu tidak mahu harus hadirkan diri ke clinical posting tersebut. Ortho, here I come!!! Erk, cuak dengan Dr. Alex (seram sejuk!)

Curi ambil gambar sementara menanti kehadiran translator.. :D

Posting paediatrics ini amat menarik. Second last posting (sem depan yang terakhir). Kanak-kanak yang tidak banyak kerenah. Sungguh comel. Sangat bekerjasama. Kalau yang menangis itu, sabar sahajalah. Gula-gula diberi dengan harapan tangisan itu akan berhenti tetapi sekejap sahaja mulut itu terkunci. Bila sudah habis gula-gulanya maka berlagu sendu kembali. Itu harus lebih bersabar. Double dose of patience!

Rakan-rakan sedang melakukan examination..

So far, rotation paling ringan untuk semester ini. Ward round yang agak lambat dan kes-kes menarik. Paling suka bila doktor memuji kami (tidak riak ya) kerana sudah mampu menjawab soalan dengan lebih baik. The more we meet patient, the more we learn, the more we can apply and as a result a better doctor we can be... insya Allah..

Masih ada seminggu lagi posting. Harus merajinkan diri. No more bunking ya! (melainkan sakit teruk). Exam pasti pada Khamis dan Sabtu nanti.

Harus menidurkan diri.

Oh ya, first internal assessment semakin menghampiri (in July). 1 buku tebal Dutta (Obstetrics) itu perlu dihabiskan. Kalau rebus kemudian minum air rebusannya sahaja boleh tak?? hahaha.. Cik Kz pening sudah.

Baiklah, till we meet again. Esok seminar lagi..

Till then, wassalam..

0 Response to "Jadual Baru..."

Post a Comment