Mee Kari
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Terliur tidak dengan gambar di atas? Mee kari yang sarat dengan muatan yang pelbagai. Menu berbuka semalam setelah berperang bersama-sama Cik Seti di dapur. Bahan yang ada cuma sesuai untuk memasak mee kari. Maka, terhasillah mee kari versi kami. Jom tengak resepi gitu-gitu mee kari ini..hahaha
Bahan-bahan
Untuk kuah kari
200g daging - dihiris halus
200g ayam (bahagian tulang + isi) - dipotong kecil-kecil
1 labu bawang merah - dikisar
2 sudu besar lada kering yang telah dikisar
4 sudu besar rempah kari
1 kotak santan
1/2 sudu teh asam jawa
1 biji buah pelaga
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang dan cengkih
1 biji lobak
1 biji kentang (tambah kalau mahu lebih)
Sedikit minyak dan air
Garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa
Untuk bahan tambahan
Bawang goreng
Telur (direbus)
Tomato
Sawi (dilayurkan)
Tauhu (digoreng dan kemudian dipotong halus)
Limau nipis
Cara memasak kuah mee kari
1.Panaskan periuk. Masukkan bawang merah yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau.
2.Masukkan lada kering dan masak sehingga terbit minyak
3.Masukkan rempah kari. Kacau sebati. Masukkan daging dan ayam dan ratakan. Masak selama 5 minit.
4.Masukkan sedikit santan dan gaulkan. Jatuhkan kentang dan masukkan air. Masak sehingga kentang hampir empuk.
5.Masukkan santan selebihnya dan lobak. Masak sehingga kentang,lobak dan daging empuk (lebih kurang 15-20minit)
6.Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa. Masak selama 5 minit dan tutup api.
Untuk mee
Rebus mee sehingga lembut dan tuskan untuk memhilangkan air.
Kalau di sini punya fishcake dan fishball pasti lebih enak. Tetapi dengan bahan tambahan ini cukup membuatkan saya, Cik Seti dan Cik Khalid kekenyangan tahap dewa dewi. Syukur alhamdulillah atas nikmat rezeki tersebut.
Usai berbuka kami berehat-rehat. Menonton cerita Harry Potter and The Half Blood Prince dan juga Bring It On Again. Merehatkan diri sebelum memasuki posting baru pada kemudian harinya (posting Dermatology)
Baiklah bersambung dengan next entry (kan dah pening nak menulis. Siapa suruh tidak mengupdate blog on time. Padan muka!)
Till then, wassalam...


0 Response to "Mee Kari"
Post a Comment