Tiada Cahaya
Labels: Life
0
Assalamualaikum wbt...
Cik Kz bergelap malam ini. Mungkin kerana lampu di bilik terbakar. Cuba untuk membuka suis lampu zapp hanya a blink sahaja cahaya yang muncul kemudian gelap. Bergelap malam ini. Bagaimana mahu study??? Mungkin lebih baik tidur sahaja. Sehingga hilang pening kepala ini.
Bukan bilik sahaja yang gelap. Terasa hati semakin gelap. Berada di India, bernafas di sini hampir 4 tahun lamanya sedikit sebanyak mengubah personaliti Cik Kz. Terasa hati semakin keras. Kosong. Lost.
Alhamdulillah rasa sabar itu masih menebal. Jika hilang mungkin sekarang saya sedang menjerit. Memarahi orang kerana tidak puas hati atas tindakan mereka. Blaming others for their own mistakes. Ya, saya akui kadang-kadang saya sendiri melakukan perkara itu (blaming) tetapi harus salahkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
Macam-macam hal di dalam dunia ini. Macam-macam hal juga dalam hidup saya. Manis, pahit, masam san masin; pelbagai rencahnya. But, I'm grateful for what I have now.
Sabar dan syukur
Both perlu bergerak seiringan. Harapnya diri tidak lupa bersyukur atas segala nikmat dari-Nya. Sabar atas segala ujian-Nya (sabarlah hati..)
Nikmat hidup, iman..nikmat Islam....
Till then, wassalam...


0 Response to "Tiada Cahaya"
Post a Comment