Telur Masak Kicap
Labels: Life , Recipes
0
Assalamualaikum wbt..
Hujan!!! Alhamdulillah. Sejuk dan nyaman rasanya. Boleh tidur dengan nyenyak gamaknya. Makan malam tadi sangat-sangat simple. Mulanya tidak mahu masak. Kemudian terasa mahu makan maggie asam laksa sahaja. Bila tiba di dapur terasa mahu makan telur masak kicap. Seperti biasa resepi campak-campak dan olahan dari resepi mak. Makan bersama sayur goreng campur.
Ini menu makan malam tadi...
Telur Masak Kicap
2 biji telur
1 labu bawang besar (dipotong bulat-bulat)
1 sudu besar lada kering yang telah dikisar
3/4 ulas bawang putih
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos cili
3/4 sudu besar kicap manis (cap kipas udang) - lebihkan jika mahu kuah lebih
1 sudu teh rempah kari
1 biji tomato
Sedikit air dan minyak
Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
Cara memasak
1. Goreng telur ala telur mata kerbau dan asingkan
2. Di dalam kuali yang sama, tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada kering sehingga pecah minyak.
3. Tambahkan sedikit air dan masukkan sos cili. Kacau sebati
4. Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Ratakan. Kemudian masukkan rempah kari. Masak selama lebih kurang 5minit. Masukkan garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
5. Masukkan telur, bawang dan tomato. Kacau dan biarkan sehingga bawang layu. Tutup api dan siap untuk dihidang :)
Alhamdulillah walaupun menu simple Cik Kz masih kenyang. Mak kata makan seorang diri tidak perlulah susahkan diri untuk memasak. Order sahaja lebih senang. Tetapi perut ini seringkali menolak makanan India. Cuma lately sahaja baru berjinak-jinak untuk makan egg dosa (sangant sedap!!). Puri itu tidak perlu diperkatakan lagi. Memang terbaik dan paling saya gemari. Makan bersama chutney sedapnya...
Malam ini blackout lagi. 3 siri blackout cukup membuat diri tidak tenang. Mengganggu kosentrasi untuk chatting dan juga study. Baru sahaja mula membuka buku blackout selama 30 minit. Bila sudah ada elektrik mahu meneruskan niat study blackout lagi selama satu jam. Kesabaran sungguh. India oh India. Incredible India!
Baiklah, harus merajinkan diri kembali. Exam memang sudah hampir sangat-sangat. Tambah pula dengan end of posting exam dermatology khamis dan sabtu ini. Maka berlipat ganda lagi usaha perlu diletakkan. Doakan Cik Kz dan rakan-rakan ya. Moga kami berjaya dengan cemerlang and soalan mudah-mudah belaka. hehehe.. :P
Till then, wassalam..


0 Response to "Telur Masak Kicap"
Post a Comment