Makan-makan..
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt..
Hari ini sungguh hypoglycemic rasanya. Tekak teringinkan sesuatu yang masin. Mahu makan sesuatu yang proper; a complete set of meal. Godek-godek peti sejuk maka menu inilah yang terhasil. Jom tengok-tengok resepi campak-campak ikut sempat dan bahan..hahaha.. :P
Daging masak kunyit berserta telur hancur
Bahan-bahan (untuk seorang makan)
100 g daging (dipotong halus).
1 batang sosej (kalau tidak mahu letak pun tidak mengapa)
3 batang kacang buncis
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1/2 biji lada benggala (dihiris halus)
3/4 ulas bawang putih
1/4 labu bawang merah
1 sudu serbuk kunyit
1 biji telur
Sedikit minyak untuk memasak
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
Panaskan kuali dengan minyak.Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah masak sehingga sedikit layu.
Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Masak sehingga air kering dan daging menjadi empuk.
Masukkan sosej dan masak sehingga sosej sedikit garing.
Masukkan lobak dan kacang buncis. Masak sehingga sedikit layu.
Masukkan telur. Hancurkan telur tersebut semasa memasak. Tekstur seolah-oleh seperti scramble egg. Masak selama 3/4 minit
Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan lada benggala dan gaulkan.
Tutup api. Siap untuk dihidangkan :)
Ini menu makan malam tadi. Ada ikan goreng, air asam, sayur kobis dan lobak masak lemak juga daging masak kunyit tersebut. Nasi? Oh tidak ada. Selera kepada makan lauk-lauk sahaja. Rasa kenyang alhamdulillah. Cik Kz senang hati :)
Kalau ada sambal tempoyak ini pasti lebih berselera saya. Tidak mengapa kita simpan itu untuk esok. Varietykan corak pemakanan agar selera makan itu kembali semula.
Oh ya, semalam berfutsal (menjadi team cheer untuk sahabat yang bermain). Will tell you guys the story in next post.
Sekarang mahu rehat. Seperti ular pula. Sudah kenyang makan mahu rehat.haha.. Tidak bagus. Kata Dr. Renol jika mahu tidur selepas makan pastikan ianya hanya selepas 2 jam selepas kamu mengambil makanan. Maka harus tunggu 30 minit lagi dan kemudian beradu di khayalan
Review untuk ortho posting esok. Anatomy of upper and lower limbs. Oh, harus geledah buku-buku lama kembali.
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Makan-makan.."
Post a Comment