Sambal Tempe vs Scamble Egg
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Mesti bosan kan bila melihat blog ini penuh dengan gambar makanan hehehe. Bukan apa beberapa hari ini terlebih rajin untuk memasak. Maka banyak gambar boleh ditepek di blog ini dan blog pun tidaklah bersawang-sawang lagi :P
Ini menu berbuka semalam; sambal tempe, ikan goreng dan scramble egg. Cik Kz tahu kombinasi telur dan ikan tidak elok tetapi semalam sudah blurr untuk makan apa. Mula-mula hanya sambal tempe sahaja disediakan tetapi terasa seolah-olah menu tidak lengkap lalu ikan digoreng. Terasa terlalu kering pula menu itu. Mahu masak sayur tetapi sayur enggak ada lalu masaklah telur. So, kalau lepas ini mahu makan jangan ada kombinasi telur dan ikan ataupun makanan laut bersama makanan darat (eg: ikan vs ayam) Toksik!
Ini dia set menu berbuka semalam. Simple sungguh macam rupa orang malas makan tetapi terpaksa makan. Oh ya, kepada ex-Mak G22, ini bukti Cik Kz makan ye di rumah ini. Jangan risau saya tidak skip makan malam sebab makan malam itu kan awek muda. hahaha...
So for the sambal tempe, lets view and zoom the recepi..
Sambal tempe
Bahan-bahan
2 labu bawang besar (1 biji dikisar, 1 biji lagi dimayang halus)
3/4 sudu lada kering yang telah dikisar (lebih kurang segeggam lada kering)
Tempe (lebih kurang 1 bungkus kecil) - dipotong dadu
1 ketul tauhu - dipotong kecil/dadu
1 biji kentang - dipotong memanjang seperti fries
2 sudu besar sos tomato dan sos cili
2 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh asam jawa
Garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa
Sedikit air dan minyak
Cara memasak
1.Panaskan kuali dengan minyak. Kemudian goreng kentang, tauhu dan tempe sehingga kekuningan. Angkat dan asingkan.
2.Kemudian tumis bawang besar yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan lada dan masak sehingga pecah minyak. Tambahkan sedikit air dan masak selama 5-10minit.
3.Masukkan asam jawa, sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga sebati.
4.Setelah air sedikit kering masukkan santan dan kacau. Biarkan selama 5 minit atau sambal hampir kering.
5.Masukkan kentang, tauhu dan tempe yang telah siap digoreng tadi ke dalam sambal tersebut. 6.Gaul sebati. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa. Ratakan.
7.Masak sehingga sambal hampir kering dan kemudian jatuhkan bawang besar yang dimayang halus tad.
8.Masak sehingga bawang telah lembut dan sambal kering (kalau dibiarkan sedikit basah lebih sedap). Tutup api dan siap sedia untuk dimakan.. :)
Kalau mahu letak ikan bilis lagi sedap. Saya tidak meletaknya kerana tiada stok bilis (ikan bilis sudah rosak!) yang ada bilis comel itu lebih sedap digoreng dan dimakan bersama nasi lemak yang berlemak itu. Jika mahu letak kacang goreng pun ok. Sedap juga. Variety!
Scramble egg
Bahan-bahan
1 biji telur
1/2 labu bawang besar dimayang halus
1 biji tomato - dipotong dadu
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (tidak mahu letak tidak mengapa)
Sedikit air dan minyak
1.Pecahkan telur di dalam satu bekas. Masukkan bawang yang telah dimayang tadi bersama telur tersebut dan pukul sebati.
2.Panaskan kuali dan masukkan campuran telur beserta bawang tersebut.
3.Kemudian jatuhkan tomato yang telah dipotong dadu. Kacau telur tersebut supaya ianya menjadi telur hancur. Tambahkan sedikit air
4.Teruskan proses menghancurkan telur tersebut dan masukkan garam dan lada hitam.
5.Masak sehingga air kering. Tutup air dan siap sedia untuk dihidangkan.. :)
Scramble egg ini rasanya masam-masam manis. Cik Kz pernah sekali makan telur begini sewaktu di zaman sekolah dahulu apabila roomate membawa pulang dari rumahnya. Sedap dimakan bersama roti. Sambal tempe tersebut juga boleh dimakan dengan roti. Hajat di hati mahu simpan sedikit konon mahu makan bersama roti tetapi mungkin kerana terlalu lapar maka habis terus sambal tersebut.
Esok tiada perancangan. Perintah berkurung. Tidak boleh keluar ke bandar kecuali ke pasar. Wang saku sudah susut kerana membayar bill internet yang mahal itu :( . Haruslah Cik Kz bersabar menanti bulan hadapan jika mahu keluar walaupun window shopping (makan di luar mahal! Costly!)
Baiklah haruslah merehatkan diri lebih awal. Sudah dua malam berjaga untuk membawa buku. Itulah siapa suruh buat kerja last minutes. Last minutes baru mahu brush up semua benda, awal-awal hanya bermalas-malasan membuat nota dan menyelak buku OP Ghai itu.
Cik Kz mahu beradu dahulu ya.
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Sambal Tempe vs Scamble Egg"
Post a Comment