Pau Sardin
Labels: Recipes
2
Assalamualaikum wbt...
Hari ini rajin membuat kuih pau untuk sarapan. Cuba menggunakan tepung pau yang dibekalkan mak ketika pulang tempoh hari. Cubaan pertama bersama tepung tersebut alhamdulillah tidaklah totally gagal hehehe. Nasib baik kuih menjadi. Tetapi terasa serik pula mahu menggunakan tepung pau itu. Lebih baik pakai tepung gandum biasa. Hasilnya lebih kurang sama sahaja. :)
Jom review resepi..
Pau
Bahan-bahan
200g tepung pau/tepung gandum
15g yis (kering/ basah mana-mana pun boleh)
1 sudu besar minyak
3 sudu teh gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread softener (tidak mahu letak pun tidak mengapa)
Air (untuk menguli doh)
Cara membuat
1. Rendam yis bersama gula. Biarkan yis tersebut kembang
2. Di dalam sebuah bekas campurkan kesemua bahan-bahan. Masukkan yis. Tambahkan air. Uli adunan. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga doh lembut dan sebati.
3. Tutup bekas tersebut dengan tuala lembap atau dengan dulang atau apa-apa asalkan udara tidak masuk. Biarkan selama 30-45 minit untuk doh mengembang.
4. Ambil sedikit doh. Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan doh tersebut. Biarkan selama 10 minit. Dalam pada masa yang sama panaskan periuk kukus.
5. Setelah air kukusan mendidih, masuk doh tersebut. Kukus selama 10 minit.
Inti Sardin
Bahan-bahan
1 tin besar sardin Ayam Brand
2/3 sudu lada kering yang telah dikisar
1 labu bawang besar (dikisar bersama lada kering)
1 sudu besar sos cili
1 biji kentang (dipotong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Panaskan kuali dengan minyak. Kemudian tumis kisaran lada kering dan bawang besar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sardin (kuahnya sahaja) dan gaul sebati. Tambah sos cili dan masukkan sekali kentang. Masak sehingga kentang hampir empuk
3. Masukkan isi ikan sardin. Pecah-pecahkan isi tersebut di dalam kuali (supaya jadi halus).
4. Masak sehingga kuah sambal hampir kering. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak selama 5 minit atau sehingga kering. Tutup api.
Pau inti sardin ini sedap rasanya. Tetapi Cik Kz lebih menggemari pau inti kacang. Baru terasa seperti betul-betul makan kuih pau. Baru terasa nikmatnya. hehehe..
Hari ini sungguh bosan. Terperuk di rumah. Cuba membaca buku tetapi akhirnya buku tersebut yang membaca Cik Kz. hahaha..
Still excited sebab boleh pulang raya. Lebih excited bila berjaya menggunakan perkhidmatan Maybank2u. Memang mudah untuk membuat urusan pembelian tiket. So no more reason for me to ask a help from others to use their credit card and alhamdulillah for that.
Baiklah, harus meneruskan sesi membaca buku
Till then, wassalam...


buatkan utk iiiiiii~
baikk!!! nnti u dtg sini i buat special utk u
siap ada yg inti kacang lagi..hehehe..